Wednesday, September 9, 2009

CORNFLAKES MADU


CORNFLAKES MADU

Resipi ini permintaan Saudari Watie. Watie, ini resipi yang ada dalam simpanan D, resipi dari Saudari Wannoorbaya. Sekiranya Watie tidak suka bubble rice, boleh gantikan dengan cornflakes jadi gunakan 200 gram cornflakes. Selamat mencuba.

CORNFLAKES MADU
Sumber: Wannoorbaya

Bahan A
100 gram cornflakes
100 gram bubble rice
100 gram badam/ kacang (dicincang dan dibakar sedikit)

Bahan B
110 gram mentega
90 gram gula halus
5-6 sudu besar sirap kencana/madu

Cara-caranya
1. Campurkan kesemua bahan B dan masak diatas api yang kecil selama beberapa minit.
2. Masukkan gula, mentega, sirap kencana/ madu dan gaul rata.
3. Setelah bergaul rata masukkan Bahan A dan gaul sebati.
4. Masukkan sesudu adunan kedalam paper cup.
5. Panaskan ketuahr pada suhu 180 darjah C dan bakar selama 5 – 7 minit atau sehingga ia masak.

RESEPI KEDUA

1 kotak cornflakes (250g)

125g mentega

1 cawan madu

½ cawan gajus bakar

(ditumbuk kasar-kasar)

1. Cairkan mentega & sejukkan.

2. Tuangkan madu kedalamnya dan kacau rata.

3. Masukkan conflakes dan kacau rata.

4. Masukkan pula kacang gajus dan gaul lagi hingga rata.

5. Aturkan papercups dlm dulang pembakar & isikan dgn i sudu teh adunan tadi.

6. Bakar selama 5~10 minit @150 degree celcius.

7. Setelah garing keluarkan dan biarkan sejuk dan simpan dlm botol bertutup rapat

No comments:

Post a Comment