Friday, February 12, 2010

Latihan di Bukit Besar, sebelum bermulanya pendakian...

Alah,, cover2 la plak,, org suruh buat tak nak buat...
buat2 sume,, jangan tak buat dah,,nati jen mengamuk..
Meh2 bergambo dulu,, nak masuk dalam majalah gilo2 ni,,( ayat jen Napi...)
Bersama ngan jen Napi,,sepanjang latihan di Bukit Besar

Thursday, February 11, 2010

Macam tak caya jek,, aku boleh daki tinggi ni..yes2Alhamdulillah,,dah sampai puncak.....
Lagi gambar di atas puncak...


ok la,, ni je gambar yang sempat upload,,nanti lain kali upload lagi...

SAMBUNGAN MENDAKI GUNUNG ANGSI

Nak dijadikan cerita, pada 29 Januari 2010 ari tu,, bertolaklah
kami seramai 40 orang ke gunung angsi,,bertolak malam, dalam pukul 10
g tu la.. biase la janji melayu, kul 9 asalnya, jadi pukul 10,, janji melayu...hehehe
Sampai kat Ulu Bendul tu dalam pukul 6.00 g 2 la, pastu sampai pagi tu,, tak tau nak
g mane, nak pergi cari surau kat are2 tu, tapi pagi2 lagi, tempat tu pun masih kunci lagi..
Last2 g kat surau, siap2 solat sume,, kami pun g la mengisi perut kat gerai2 sekitar tu..
Dah siap2 makan sume, kami sume pun g la kat kaki bukit tu,, dirikan khemah sebelum'pergi mendaki,, sebab nanti dah mendaki, tak tau plak la pukul berapa sampai,, so, siap dirikan khemah, dalam kul 10 cam tu kitaorang start la mendaki,, diiringi ngan 2 orang guardtour, tak silap aku namenye abang izat ngan sorang lagi abang helmi...diorang ni sumenye baik2, n peramah lak tu...
kitaorang ni mendaki lebih kurang dalam 8 jam,,, bertolak dalam kul 1o, pagi,, sampai kat puncak tu,, dalam pukul 2 lebih,, masak2, makan2, turun dari gunung dalam pukul 4 ptg,, dan sampai kat tapak khemah dalam pukul 8 lebih,,,huisssh memang mencabar sangat2.....

Wednesday, February 3, 2010

MENDAKI GUNUNG ANGSI

Assalamualaikum,,,, huisssh sudah lama sangat2
tak update blog nih,,,alasan same je cam entri lepas2
sume da tau dah,,,... hmm entri kali ni, nak cite pendakian ke
gunung angsi,, hish,, korang,, bez glerrrr,, hmm best sangat2
cam nak g lagi je,,,actually,, ni anjuran kelab Anti dadah kebangsaan,
kebetulan lak yang anjurkan tu rata2 budak2 kelas kitaorang,,
so ape lagi,,dah ade tempat kosong tu,, mcm orang mengantuk disorongkan
bantal la,, terus je la daftar nama nak pergi,,
nak dijadikan cite,, sebenarnya aku tak tau pun ade xtvt mendaki2 nih,,
tapi mcmane nak jadi rezeki aku kot,, kebetulan lepas kitaorang adakan ajm tu, (muktamar )
makan la skali ngan kawan2 lepas habis program ajm tu, kebetulanlah, dayah cakap diorang nak pergi naik gunung, aku pun ape lagi tanyalah dia , eh betul ke korang ni nak naik gunung?
bestnya,, aku ngan kak lah cakap,, pahtu diorang pun cakap la kebetulan ade tempat kosong untuk dua orang,, aku ngan kak lah pun melompat la,, nak pergi,, padahal tempat tu tak tau lagi kat mane, terus la kami berdua ni setuju nak gi,, umi ngan abah blom tanya lagi,, hish risau gak aku kot 2 tak bagi,, almaklum la,, anaknye yang sorang ni,, lembik sket,, bak kate adik aku,, manja tak leh xtvt berat2 ni,,tapi bila dah tepon tu, alhamdulillah parents aku bagi jgk izin nak pergi.. fuhhh,, alhamdulillah selesai masalah,, walaupun mulanya memang parents aku tak nak kasi pun aku ni pergi,, macam2 diorang cakap,, larat ke aku ni nak naik gunung,,, dah la berat,, (adik aku kata), mak aku plak cakap tak takut ke loni,, ramai hok sesat2 naik2 gunung ni,, ayah aku plak cakap, naik2 gunung ni banyak pacat,, nanti segunung dengar aku dok menjerit,,
pastu adik aku pulak cakap, hmm long,, kaki awak tu doh la mudah sangat terseliuh,, pakai kasut tumit tinggi sket pun,, terseliuh,,
tapi aku dengan kekuatan dan hati yang cekal,, memang semangat jgk nak pergi nih,, tak hirau dah,, anasir2 yang nak halang aku pergi ni,,pujuk punye pujuk,, umi ngan abah kasi jugak pergi,, tapi pesan umi, ngan abah banyak2 doa tempat2 orang tu.........................
OK LAH ,, SAMBUNGAN KE GUNUNG ANGSI NANTI AKU CITE BALIK YE,,, DAH NAK MAGHRIB DAH NI,, NAK MANDI DAN SEMBAHYANG DULU,,, TUNGGU..................

Thursday, December 24, 2009

SEMESTER BREAK DAH HABIS

aSSALAMUAlaikum w.b.t

hmm pejam celik pejam celik, dah nak habis pun cuti sem ni...

tak lama lagi dah nak start balik kuliah.. mula lah perjalanan sebagai student balik,,

pergi kuliah,,balik kuliah,, jumpa kawan.. papepun,,semester yang baru dengan semangat

yang baru,, azam baru,,tahun baru,, kena ubahlah jiwa, menjadi jiwa yang baru,,,,

kena buang jauh2 sikap yang tak elok tu.... argghh.. memang kena berubah ni syuhadah,,

ubah diri,, buang sikap yang lama jauh2, jangan berada di takuk yang lama,,sume orang

dah berubah ni....aku pun kena berubah,,, insyaallah....

YA ALLAH BANTULAH AKU DALAM MELAKUKAN PERUBAHAN,, MOGA
AKU MENJADI INSAN YANG CEMERLANG DI DUNIA DAN AKHIRAT,,,

amin...........

Sunday, December 20, 2009

SALAM MAAL HIJRAH

Salam maal hijrah buat semua moga tahun ni semangat baru,, azam baru dan akhlak yang lebih

baik dari sebelum ni..... sebenarnya takde idea nak tulis panjang- panjang daripada mengarut tak

tentu pasal,,, baik aku berenti stakat ni saja.. ok lah nak sambung tengok citer korea plop ni, cite

"GOONG" korang dah tengok blom? Aku ni tengok cite ni dari awal cuti sem sampai nak bukak

sem dah ni,, tak habis2 lagi cite2 tu aku tengok,, maklumla busy,,banyak sgt xtvt di rumah,, xtvt

ape pun tak tau la.... ok lah assalamualaikum

Saturday, November 28, 2009

SALAM AIDILADHA

Selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua,, dan selamat menjalani ibadah korban,, semoga semua amalan kita diterima oleh allah s.w.t...

MACAM - MACAM

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh......

Hmm... nampaknya memang dah lama benor aku tak mengupdate blog nih... ingatkan dah expired dah blog nih... bukan je tak mengupdate,, bukak pun tak,, tu pun kadang- kadang adik aku yang bukak sebab nak dengar lagu.. sebenarnye bukan ape,, malas rasanya nak mencare blog2 ni,,takde idea nak tulis ape,..Hmm aku ni memang suke la sangat kalau bukak2 blog orang,, tu la orang ada blog dia pun nak buat blog,, last2 biar je berhabuk,,takde orang nak lap,,hehehe

Sekarang ni dok tengah cuti sem,, bila tiba je cuti sem, mulalah sibuk dok berangan nak buat tu lah, ni lah, keje lah, amik lesen lah,,dan macam2 segala lah,, tapi biasanye semua yang dok rancang tu tak menjadi satu pun.. last2 dok je rumah, jaga adik,, masak kemas rumah dan macam2 lagi... tapi sebenarnya best jgk dok umah ni,, relaks jew,,, kalo cuti2 sem ni,, biasanya xtvt aku adalah mencari resepi dan mencuba resepi... biasalah kuat makan kan..... nak beli takde duit:p last2 buat jew,, jimat duit sket...

Antara kuih tradisional yang pernah aku try buat,, ingtkan tak jadi lah kan,, tapi bila dah siap sekejap jew,,hmm dah habis,, maknanya ape? korang pkir la sendiri... :p

Ni ade aku sertakan skali respinya,, korang pun boleh lah try sekali,, tak susah pun..

TEPUNG PELITA

Bahan-bahannya

:1. Kita siapkan adunan-adunan tepungnya dahulu.
Untuk Lapisan Hijau :
1 cawan tepung beras1 cawan gula pasir (boleh kurangkan, kalau tak suka manis)5 cawan air
5 helai daun pandan, diblend dengan sedikit air, perahkan, tapis dan ambil airnya sahaja.secubit kapur

Cara: Campurkan semua bahan di atas dan kacau rata. Biarkan dahulu.



Untuk Lapisan Putih :


4 cawan santan (dari sebiji kelapa)6 sudu besar tepung berassedikit garam


Cara : Campurkan semua bahan dan gaul rata. Garam tu, biar terasa sikit, baru kick lemak santan






Dah siap pun,, tapi kalau nak nampak unik letak la dalam daun pisang/ daun pandan,,macam kat kedai tu,,,tapi sbab fail bab2 bungkus2 buat kotak ni,, so cara yang mudah and senang, letak jew dalam dulang...hmm satu lagi,, kuih ni tak oleh dipotong ye adik kakak,,caranya dicedok sahaja,, sebab dia lembik...

Saturday, September 12, 2009

SAHUR????


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


“Bersahurlah kerana sesungguhnya di dalam sahur ada keberkatan.” Demikian pesan Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya, hadis no: 1923. Insya-Allah pada pertengahan September 2007 ini, kita akan menyambut bulan Ramadhan. Inilah bulan yang kita sambut bukan dengan pesta dan sorakan, tetapi dengan ibadah dan amal shalih.

Pada kesempatan ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca Dara.com berkenaan satu ibadah yang amat penting dalam bulan Ramadhan, iaitu sahur. Sahur dari sudut bahasa bermaksud hidangan yang dimakan dari pertengahan malam hingga terbit waktu Subuh untuk berpuasa. Ada pun dari sudut sunnah Rasulullah s.a.w., sahur ialah hidangan yang dimakan sebaik sahaja sebelum masuknya waktu Subuh.

Seorang sahabat Nabi s.a.w., Zaid bin Tsabit menerangkan bahawa mereka (dia dan sahabat-sahabat yang lain) pernah bersahur bersama Nabi s.a.w. lalu kemudian bangun mendirikan solat Subuh. Seorang sahabat yang lain bernama Anas bin Malik bertanya: “Berapa lamakah tempoh antara keduanya (antara sahur dan solat Subuh)?” Zaid bin Tsabit menjawab: “Sekadar tempoh membaca 50 atau 60 ayat al-Qur’an.” [Shahih al-Bukhari, no: 575]

Dalam riwayat di atas, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang lain selesai bersahur, mereka bangun mendirikan solat Subuh. Ini menunjukkan waktu mereka mula bersahur amat hampir dengan masuknya waktu Subuh. Tempoh di antara waktu mereka mula bersahur dan bersolat Subuh ialah sekadar tempoh yang sama untuk membaca purata antara 50 hingga 60 ayat al-Qur’an. Inilah kaedah yang digunakan untuk mengukur waktu pada zaman tersebut yang masih tidak memiliki jam.

Ada pun pada masa kini, katakanlah tempoh membaca 50 atau 60 ayat al-Qur’an adalah sekadar 20 minit dan waktu Subuh ialah 5.40 pagi. Maka waktu yang disunnahkan untuk mula bersahur ialah pukul 5.20 pagi.

Berdasarkan riwayat Zaid bin Tsabit di atas juga, dapat kita ketahui bahawa waktu imsak yang lazim diamalkan pada masa kini tidak berasal dari sunnah Rasulullah s.a.w.. Jika hendak dikatakan waktu imsak berasal dari sunnah Rasulullah s.a.w., jam apakah yang baginda gunakan untuk mengukur 5 minit sebelum masuknya waktu Subuh? Casio atau Rolex? Kemudian kalendar manakah yang baginda guna untuk menyemak waktu Subuh supaya dapat ditolak lima minit darinya sebagai waktu imsak?

Yang benar, waktu imsak hanyalah syarat tokok tambah yang membebankan umat Islam. Alasan konon waktu imsak adalah supaya waktu sahur seseorang tidak terlanjur hingga masuknya waktu Subuh adalah tertolak kerana syari‘at Islam sememangnya membolehkan kita meneruskan makan dan minum sehingga benar-benar terbitnya fajar, iaitu masuknya waktu Subuh.

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. [Surah al-Baqarah, ayat 187]

Juga berdasarkan riwayat Zaid bin Tsabit, amalan sebahagian umat Islam tanah air yang bersahur pada lewat malam perlu disemak semula. Waktu sahur yang disunnahkan bukanlah pukul 10.30 malam selepas solat Tarawih atau 11.30 malam sebelum masuk tidur. Akan tetapi ia adalah pada keesokan paginya sebaik sahaja sebelum masuknya waktu Subuh. Hanya pada waktu ini seseorang itu akan memperolehi keberkatan dalam sahurnya.

Seterusnya ada pula yang langsung tidak bersahur, sama ada pada lewat malam atau sebaik sahaja sebelum masuk waktu Subuh. Sikap ini perlu diubah kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) ialah makan sahur. [Shahih Muslim, no: 1096].


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Seterusnya, apa yang patut menjadi menu sahur? Nasi ayam? Nasi briyani? Naan dan ayam tandori? Mee goreng? Laksa? Pizza? Fish and chips? Sebenarnya apa saja yang thayyibat, iaitu gizi (diet)yang seimbang lagi berkhasiat, dibolehkan sebagai menu sahur. Allah s.w.t. berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (thayyibat) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya. [Surah al-Baqarah, ayat 172]

Maaf kata, mee segera tidak masuk dalam kategori thayyibat. Apa pun jenama dan perisanya, ia bukanlah makanan yang sepatutnya menjadi menu seorang muslim, sama ada dalam bulan Ramadhan atau selainnya. Ia bukan sahaja menyalahi perintah Allah dalam ayat 172 surah al-Baqarah di atas, tetapi juga menyalahi logik yang mudah.

Katakanlah anda memiliki sebuah kereta Ferari yang berkuasa tinggi lagi amat pantas. Vroom! Vroom! Akan tetapi pada satu hari anda tidak mengisi tangkinya dengan petrol, sebaliknya anda isi dengan cecair yang lain. Apa yang terjadi? Brup! Brup! Bup. Kereta secanggih Ferari tidak akan ke mana-mana jika anda mengisi tangkinya dengan sesuatu yang tidak thayyibat. Anda umpama kereta Ferari di atas. Otak dan tubuh badan anda amat berpotensi untuk menjana pemikiran yang cemerlang dan melakukan aktiviti yang bermanfaat. Akan tetapi potensi tersebut tidak akan tercapai jika anda mengisi tangki anda, yakni perut, dengan sesuatu yang tidak thayyibat. Jadi yang mana satu yang sepatutnya menjadi pilihan anda: Vroom! Vroom! atau Brup! Brup! Bup?

Jika anda tidak berselera untuk bersahur atau terlewat bangun tidur, maka memadai bersahur sesuatu yang ringan sekali pun sekadar seteguk air. Yang penting, jangan tinggalkan ibadah sahur. Rasulullah s.a.w. bersabda: Makan sahur adalah keberkatan maka janganlah kamu tinggalkannya sekalipun kamu hanya minum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas orang yang bersahur. [Shahih al-Jami’ al-Shagheir, no: 3683]


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ramadhan, kedatangan mu ku nanti,

Puasa sebulan ku penuhi,

Sepuluh malam terakhir palingku minati

Lailatul Qadar pasti ku cari.