Saturday, November 28, 2009

MACAM - MACAM

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh......

Hmm... nampaknya memang dah lama benor aku tak mengupdate blog nih... ingatkan dah expired dah blog nih... bukan je tak mengupdate,, bukak pun tak,, tu pun kadang- kadang adik aku yang bukak sebab nak dengar lagu.. sebenarnye bukan ape,, malas rasanya nak mencare blog2 ni,,takde idea nak tulis ape,..Hmm aku ni memang suke la sangat kalau bukak2 blog orang,, tu la orang ada blog dia pun nak buat blog,, last2 biar je berhabuk,,takde orang nak lap,,hehehe

Sekarang ni dok tengah cuti sem,, bila tiba je cuti sem, mulalah sibuk dok berangan nak buat tu lah, ni lah, keje lah, amik lesen lah,,dan macam2 segala lah,, tapi biasanye semua yang dok rancang tu tak menjadi satu pun.. last2 dok je rumah, jaga adik,, masak kemas rumah dan macam2 lagi... tapi sebenarnya best jgk dok umah ni,, relaks jew,,, kalo cuti2 sem ni,, biasanya xtvt aku adalah mencari resepi dan mencuba resepi... biasalah kuat makan kan..... nak beli takde duit:p last2 buat jew,, jimat duit sket...

Antara kuih tradisional yang pernah aku try buat,, ingtkan tak jadi lah kan,, tapi bila dah siap sekejap jew,,hmm dah habis,, maknanya ape? korang pkir la sendiri... :p

Ni ade aku sertakan skali respinya,, korang pun boleh lah try sekali,, tak susah pun..

TEPUNG PELITA

Bahan-bahannya

:1. Kita siapkan adunan-adunan tepungnya dahulu.
Untuk Lapisan Hijau :
1 cawan tepung beras1 cawan gula pasir (boleh kurangkan, kalau tak suka manis)5 cawan air
5 helai daun pandan, diblend dengan sedikit air, perahkan, tapis dan ambil airnya sahaja.secubit kapur

Cara: Campurkan semua bahan di atas dan kacau rata. Biarkan dahulu.



Untuk Lapisan Putih :


4 cawan santan (dari sebiji kelapa)6 sudu besar tepung berassedikit garam


Cara : Campurkan semua bahan dan gaul rata. Garam tu, biar terasa sikit, baru kick lemak santan






Dah siap pun,, tapi kalau nak nampak unik letak la dalam daun pisang/ daun pandan,,macam kat kedai tu,,,tapi sbab fail bab2 bungkus2 buat kotak ni,, so cara yang mudah and senang, letak jew dalam dulang...hmm satu lagi,, kuih ni tak oleh dipotong ye adik kakak,,caranya dicedok sahaja,, sebab dia lembik...

No comments:

Post a Comment